Saturday 9 July 2011

Friday 15 April 2011

SEPINTAS BICARA. . .

SALAM perkenalan dari Serama Pendang kepada seluruh peminat ayam serama dan juga berterima kasih kerana sudi melayari blog Serama Pendang ini. Sebenarnya saya ni dah agak lama juga dalam bidang ayam serama cuma tak berkesempatan saja untuk sama-sama menyertai dalam blog ayam serama. Walaubagaimana sekalipun jika ada pertandingan kecantikan ayam serama di sebelah utara ni selalunya saya  tidak melepaskan peluang mennyertainya Kadang-kadang ada juga pergi bertanding di K.L. Kelantan dan Terengganu. Biasalah bukannya selalu menang dalam setiap pertandingan. Yang penting kepuasan tercapai kerana minat punya pasal tidak kiralah kalah atau menang. Adalah kira-kira 40 hingga 50 ekor ayam serama dipelihara di belakang teratak tu buat penghibur diri di masa lapang. Bila balik saja dari kerja terus ke belakang teratak untuk melihat ternakan kesayangan  lalu hilanglah keletihan akibat bekerja seharian. Selalu juga ada peminat serama menerjah ke reban saya ni dan sekiranya mereka berminat saya cuba tidak menghampakan mereka. Eh banyak sangatlah celoteh ni nanti orang jemu pula.Akhir sekali jika datang ke Pendang sudilah bertandang ke rumah saya ya kita bolehlah berceloteh lagi.Kalau orang frrendly saya lagi friendly,hehehe.  SEKIAN TERIMA KASIH'


RINTING 
Pembaka

SERAMA B
Pernah memenangi pertandingan


JASAMU DIKENANG

Telah beberapa kali memenangi dalam beberapa pertandingan yang lalu dan kini telah pun bersara. Terima kasih.